'10 Things You Didn’t Know Google Knows About You'

When Sergey Brin and Larry Page met in the summer of 1995 they had no idea they were on the verge of creating the beginnings of an Internet Big Brother not even George Orwell could have imagined.

Originally called ‘Back Rub’ they worked on a project based on the idea that the links pointing to a document on the World Wide Web could be relevant to how important the document was.

They created an algorithm and called it PageRank after Larry Page. PageRank took into account the number of links pointing to a site and the number of links pointing to each of the linking sites.

This is of course a basic view of how events occurred, but eventually they had a system where more popular sites would rise to the top of their lists, and the less popular sites would drop to the bottom.


They named their new tool Google, after googol, which is the number equal to number 1 followed by 100 zeros. The first version of Google was revealed on the Stanford University website in August 1996 – just a year after they had first met.

Google has since become a HUGE private technology company employing over 20,000 employees located in Mountain View, California. Larry Page and Sergey Brin still act as key executives on the board of directors.

These days Google is way more than an effective tool to help you find a relevant page on the internet. As 2009 draws to a close, surfers are able to use the world’s biggest search engine in a bunch of different ways.

The company’s products for users include, but are not limited to:

Google Web, Image, Book or Blog Search, iGoogle and Personalized Search, Google Product Search, Google Custom Search, Google Chrome, Google Base, Google Webmaster Tools, Google Toolbar, Google Adsense, Google Adwords, Google Scholar, Google Finance, Google News, Google Video, Google Docs, Google Calendar, Gmail, Google Talk, Google Groups, Google Reader, Orkut, Blogger, YouTube, Google Pack, Picasa, Google Desktop for users, Google Display Advertising Program, Google GEO product line comprising Google Earth, Google Maps, and Google Sketchup, Google Checkout, Google Mobile Product Line, Google index, Google Maps and Satellite imagery; and Google Labs, a test-bed for engineers and Google users.

Google Wave is currently in Beta testing mode that will combine many of these services including e-mail, instant messaging, wikis, and social networking.

Most internet users will be familiar with at least half of these services, and a huge percentage of the global population are using them on a daily basis, giving Google the opportunity to know more about us than we probably consciously know about ourselves.

So What Exactly Does Google Know about YOU?

1. Have you ever had an embarrassing health problem that you preferred was not recorded on your medical history? Instead of going to visit your doctor you decided to google your symptoms and maybe even buy some medication online?
Perhaps this happened years ago and you had forgotten all about it?
Google hasn’t.

2. Google Docs allows users to create and save documents in a variety of formats, to share or save to your computer. If you create a document that you later delete because it might contain sensitive information – beware.
Google has a back up.

3. Did you ever use Gmail to write a drunken email to your ex? Something you have tried to forget?
Google remembers – that one and all the other private emails you have sent are safely stored in Google’s databases.
Maybe you don’t have a Gmail account? Well that’s OK; Google still has copies of your private messages because your friends and business partners use Gmail.

4. Google knows what you family and friends look like, where you went on your holidays and if you have skinny legs and look like a dork on the beach. If you use Picasa, Google probably even knows how many pets you have.

5. If you have a thing for watching teenagers messing around playing air guitars in their bedrooms, don’t think it is your little secret.
Google knows and records your searches and preferences and which videos you have watched on YouTube and Google Video.

6. If you have ever used Google Earth, one of the first places you would have looked at will naturally be your own home.
Now Google has a picture of where you live, not that they didn’t know anyway – if you use Google Adsense, Adwords, or Google Checkout they have all your financial details which include your address.

7. Have you or somebody living in your house, ever done a search on how to grow your own marijuana? Have you ever been worried about an alcohol or other addiction within your family? Do you search online for solutions to your rising debt or marriage problems?
It’s all there – just between you and Google.

8. Do you use Google Desktop?
A very handy application that will organize all the files on your PC, also gives Google access to them.

9. Google Reader is an aggregator, capable of reading Atom and RSS feeds online or offline, which is a very practical tool for keeping up to date with your favorite bloggers.
It also lets Google know which blogs you follow regularly, therefore revealing even more of your personal interests and passions, not that they didn’t have enough information on you already!

10. Did you have a terrible time a few months ago when you found out your partner was having an affair and decide to chuck all of their belongings out on the street in a mindless rage?

Oh there they are! A nice constant reminder on Google Street Maps. Hopefully that Google Street Car will be along soon and update the picture of your house.

Should You Really Care?

Most of us probably don’t have much too much to hide… and luckily for those who do, there are enough privacy laws in place for the most part to keep it stored safely on Google’s servers.

Personally I don’t care that Google knows how big my house is or that I sleep in the buff – if it remains private between me an Google. And that’s a big IF. Who knows when your friendly neighborhood hacker or disgruntled Google employee could know more about you… then you?

What do you think? Does Google know too much about you

 http://www.justinmichie.com

Kelajuan jalur lebar 1Gbps di Melaka

MELAKA 23 Dis. - Perkhidmatan Internet jalur lebar di Melaka kini mencapai 1.0 gigabit sesaat (1Gbps) melalui rangkaian Melaka Metro Ethernet (Melaka Metro-E) yang dilancarkan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, pada peringkat permulaan, rangkaian Melaka Metro-E dipasang di 27 bangunan yang diduduki jabatan dan agensi kerajaan Melaka, yang melibatkan kos RM5 juta.

"Penyediaan rangkaian baru itu akan membolehkan TM menaik taraf dan menawarkan perkhidmatan suara, Internet dan data terkini seperti Rangkaian Maya Persendirian berasaskan Internet Protokol dan litar suwa TM Direct," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Melaka Metro-E oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Antara 27 bangunan itu ialah kompleks Seri Negeri, Wisma Seri Negeri, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Rumah Media Melaka, Bangunan K-Ekonomi Inkubator dan Yayasan Melaka.

Zamzamzairani berkata, melalui peningkatan kapasiti rangkaian itu, jabatan dan agensi kerajaan Melaka boleh berkomunikasi dengan lebih baik dan efisien.

Teknologi berkenaan juga menawarkan tahap keselamatan data yang lebih baik, kadar penyelenggaraan dengan kos lebih efektif, terjamin kelajuan daya pemprosesan, jalur lebar berskala dan teknologi maju tanpa sempadan, katanya.

Beliau berkata, rangkaian Melaka Metro-E yang ditawarkan kepada kerajaan Melaka berdasarkan piawaian industri Carrier Class Ethernet merentasi Rangkaian Kawasan Metropolitan yang boleh diperluaskan ke pelbagai lokasi lain.

Di samping Melaka Metro-E, katanya, TM sedang bekerjasama dengan Melaka ICT Holdings (MICTH) untuk membangunkan rangkaian jalur lebar wayarless di seluruh negeri ini melalui konsep hotzone dan hotspot.

Beliau berkata, kadar penembusan jalur lebar isi rumah di Melaka kini mencecah 29 peratus dan sedang berusaha meningkatkan kadar tersebut dengan kerjasama kerajaan Melaka.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, pelancaran Melaka Metro-E bukan sahaja meningkatkan keupayaan perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan negeri itu tetapi mampu menarik lebih ramai pelabur melabur di negeri ini.

Beliau berkata, bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan jalur lebar, beliau mahukan TM dan MICTH menganjurkan banyak seminar mengenai kemudahan berkenaan. - BERNAMA

Sumber: www.utusan.com.my

Internet mudah alih untuk masyarakat luar bandar

Ericsson mengorak langkah kehadapan dalam membantu masyarakat apabila bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menubuhkan Pusat Inovasi Mudah Alih bagi mempromosikan aplikasi dan kandungan Internet mudah alih kepada penduduk luar bandar.

Syarikat terbabit telah berganding bahu dengan MOSTI menerusi agensinya MIMOS Bhd. untuk mengadakan demonstrasi pelbagai aplikasi berasaskan Internet pada telefon mudah alih pada majlis penerangan kepada pihak media dan masyarakat tempatan di Kota Marudu, Sabah, baru-baru ini.

Aplikasi tersebut, Infosti@Mosti, adalah sebahagian dari program masyarakat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) luar bandar MOSTI yang merangkumi e-kerajaan, e-kesihatan, e-perdagangan dan e-pendidikan.

Sebelum ini, ia telah dipromosikan menggunakan skrin besar atau komputer biasa atau komputer riba.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili, MOSTI amat gembira dapat memberikan penerangan tentang aplikasi dan kandungan Infosti@mosti pada landasan mudah alih kepada rakyat Malaysia khususnya masyarakat luar bandar dan kawasan pendalaman.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kota Marudu berkata, ini merupakan satu langkah besar untuk membuktikan komitmen kerajaan Malaysia bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam aspek ICT dan arus kemajuan Internet.

''Cara pendekatan kerjasama untuk membangunkan Pusat Inovasi Mudah Alih dengan Ericsson adalah salah satu daripada pelbagai program kerjasama bersama syarikat swasta untuk merangsang agenda ICT 1Malaysia,'' katanya.

Ericsson ialah pemimpin dunia dalam pembekalan teknologi dan perkhidmatan kepada syarikat telekomunikasi.

Menurut Ongkili lagi, bersama Ericsson, MOSTI percaya, pelaksanaan yang pantas dan menguntungkan akan dapat memanfaatkan orang ramai terutamanya masyarakat luar bandar dan kawasan pedalaman.

Ericsson akan menyediakan Platform Penghantaran Perkhidmatan Mudah Alih (MSDP) iaitu elemen terpenting dalam Pusat Inovasi Mudah Alih.

Dengan MSDP, pelbagai aplikasi berasaskan Internet akan dikodkan dan dikemaskini secara automatik untuk disesuaikan dengan pelbagai saiz skrin peralatan mudah alih.

MSDP Ericsson kini merupakan platform penghantaran perkhidmatan terulung di dunia dan menyelenggarakan lebih dari 2,800 jenis peralatan yang berlainan dalam pasaran dengan lebih 70 pusat cawangan seluruh dunia.

Sementara itu, Presiden Ericsson Malaysia, Krishnakumar Guda berkata, pihaknya percaya bahawa masyarakat luar bandar akan melalui pengalaman menggunakan Internet pertama mereka melalui telefon mudah alih berdasarkan kemampuan dan kemudahan penerimaannya.

''Masyarakat luar bandar tidak seharusnya dipinggirkan dan kami yakin terdapat teknologi, kebolehan dan peluang perniagaan untuk memastikan kumpulan masyarakat ini dapat menerima ICT dan budaya inovasi yang diperlukan supaya terus maju.

''Kami amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan kerajaan yang progresif di Malaysia dalam mencapai visi syarikat kami, iaitu untuk memperkasakan rakyat, perniagaan dan masyarakat,'' katanya.

Sumber: www.utusan.com.my

Generasi kedua, ketiga Felda perlu jadi jaguh antarabangsa

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak mahu generasi kedua dan ketiga Felda yang mencecah 1.5 juta orang melakukan transformasi yang besar bagi menjadi warga paling berjaya sehingga menerjah ke peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, mereka tidak lagi boleh hanya bermegah menjadi juara kampung seperti era 1960-an dan 1970-an kerana masyarakat kini berada pada abad ke-21 yang memerlukan mereka turut menjadi juara pada persada global.

"Kita tidak boleh main sekadar dalam perkampungan kita. Pemikiran kita mesti menerjah sempadan antarabangsa. Ini generasi yang akan datang, kemampuan kita bukan lagi kemampuan yang dilingkari dengan kepentingan setakat apa yang dilihat di kawasan kita, kawasan dalaman, meskipun dalam negara kita.

"Kita mesti ada kemampuan berfikir tanpa mengira sempadan. Kita mesti jadi manusia yang mampu menguasai ilmu setinggi mungkin dan kemampuan kita berfikir mesti menerjah seantero dunia," katanya ketika melancarkan Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.

Bercakap di hadapan kira-kira 8,000 ahli Iktiraf, Najib berkata, perjuangan dibawa kerajaan hari ini tidak berakhir dengan noktah, tetapi kesinambungan perjuangan pemimpin yang mengasaskan Felda.

Beliau berkata, kini dan pada masa akan datang, fokus berpindah alih kepada generasi kedua dan ketiga kerana daripada 113,000 warga di 313 rancangan Felda akan lahir sekumpulan generasi kedua dan ketiga yang bilangannya mungkin mencecah 1.5 juta.

Beliau difahamkan kira-kira 85,000 anak Felda berjaya pada peringkat pengajian tinggi dan ada antara mereka memiliki ijazah doktor falsafah (PhD).

Katanya, mengikut perangkaan pada 2005, seramai 161 anak Felda mendapat PhD dan bilangannya pada tahun ini pasti bertambah.

Daripada 8,000 anak peneroka di institusi pengajian tinggi awam, katanya, 5,000 orang adalah pelajar UiTM.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan RM1 juta kepada Felda tahun depan bagi melaksanakan projek khas masyarakat.

Sumber: www.bharian.com.my

140 pelajar Felda sertai Kem Jejak Kerjaya

SERAMAI 140 pelajar dari Skim Rancangan Felda seluruh negara menyertai program 'Kem Jejak Kerjaya 2' anjuran Petrosains dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di universiti itu, di Seri Iskandar, Perak, baru-baru ini.

Kem yang turut mendapat kerjasama Unit Akademik, Kementerian Pelajaran dan Felda itu adalah inisiatif sosial UTP dan Petrosains terhadap masyarakat sebagai sokongan kerajaan untuk meningkatkan nisbah pelajar sains dan sastera kepada 60:40.

Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Sdn Bhd, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, berkata objektif kem memberi kesedaran pelajar mengenai kerjaya di bidang sains dan teknologi khususnya membabitkan industri minyak dan gas menerusi interaksi pelajar dengan profesional Petronas serta penuntut UTP.

“Selain itu, program yang sudah menjelajah ke lapan lokasi di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak juga bertujuan mempromosi prinsip S.T.E.M (Science, Technology, Engineering dan Mathematic) menggunakan pendekatan Petrosains - Hands-on, Minds-on, Hearts-on menerusi kaedah pembelajaran yang menyeronokkan,” katanya.

Beliau berkata, program bertema kerjaya itu memberi ruang peserta peluang pekerjaan di dalam industri minyak, selain membantu kerajaan melahirkan modal insan profesional di dalam bidang teknikal.

“Lebih-lebih lagi dalam industri petrokimia yang membabitkan aktiviti perniagaan Petronas sebagai syarikat bertanggungjawab memacu pembangunan ekonomi di wilayah pantai timur.

“Saya berharap peserta tidak mensia-siakan ilmu yang diperoleh kerana peluang kerjaya di bidang sains dan teknologi sangatlah luas malah pelajar yang mempunyai kelayakan di bidang berkenaan mempunyai kelebihan berbanding pelajar bidang sastera,” katanya ketika merasmikan program berkenaan di Seri Iskandar, baru-baru ini.

Masing-masing 70 pelajar lelaki dan perempuan dari Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan menyertai pelbagai acara menarik berasaskan sains.

Pada program itu Tuan Mohd Amin Tuan Yahya dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong, Setiu, Terengganu dipilih peserta lelaki terbaik, manakala Nurul Amira Misbari dari SMK Purun, Triang, Pahang peserta terbaik perempuan.

Hadiah kepada pemenang disempurnakan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Datuk Zulkifly Mohd Wazir.

Sumber: www.bharian.com.my

Portal JobsMalaysia diperkemaskan lagi

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia akan memperbaiki sistem portal JobsMalaysia untuk mendapatkan angka sebenar siswazah yang masih menganggur walaupun sudah mendaftar dalam sistem berkenaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan berkata, ini kerana masalah utama yang dihadapi dalam sistem itu ialah mereka yang sudah mendapat kerja tidak melaporkan kepada kementerian.

“Dalam sistem ini, selepas tamat pengajian bahkan sebelum dapat keputusan sudah pun mendaftar, jadi kita tidak dapat lihat angka mereka yang benar-benar menganggur, jadi kita sedang berusaha perbaiki sistem ini,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Syed Husin Ali pada persidangan Dewan Negara di sini, semalam.

Maznah berkata, graduan yang mendaftar di dalam portal JobsMalaysia akan diaktifkan selama setahun dan selepas tempoh itu, sistem itu dapat mengenal pasti bilangan graduan yang terkeluar daripada sistem itu.

“Kita dapati bilangan mereka ini aktif dalam sistem kita setahun sahaja, hanya lepas setahun baru kita tahu bilangan siswazah yang terkeluar dari sistem kita,” katanya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Senator Zainun A Bakar mengenai bilangan graduan menganggur yang berdaftar dengan sistem itu, Maznah berkata, sehingga 13 Disember, seramai 79,186 orang graduan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah mendaftar.

“Daripada jumlah itu, seramai 57 (0.07 peratus) memiliki Ijazah Kedoktoran, 1,424 (1.7 peratus) Sarjana, 43,313 (54.6 peratus) memiliki ijazah pertama dan 34,392 (43.4 peratus) Diploma," katanya. - Bernama

Sumber: www.sinarharian.com.my

Guna facebook selesai jenayah

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dicadangkan supaya menggunakan khidmat laman web sosial facebook sebagai alternatif dalam usaha menyelesaikan kes jenayah.

Ketua Makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah, Abdul Aziz Md Noor berkata berikutan laman web berkenaan kini diguna secara meluas sebagai medium perantara masyarakat, ia dapat membantu pihak berkuasa keselamatan itu memerangi jenayah.

“Sebelum ini kita gunakan khidmat SMS melalui Rakan Cop tetapi dengan pendekatan baru ini diharap kes jenayah dapat diselesaikan segera.

“Contohnya dengan memaparkan gambar suspek bagi satu-satu kes melalui facebook, secara tidak langsung orang awam dapat menyalurkan maklumat berkaitan kes itu kepada polis,” katanya selepas membentangkan hasil makmal NKRA bagi mengurangkan jenayah pada Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Sunway di sini, semalam.

Selain dapat membantu polis, beliau berkata, penggunaan laman web sosial itu juga dapat merapatkan hubungan antara PDRM dan masyarakat.

Abdul Aziz berkata, orang awam juga boleh membuat sebarang laporan dan aduan berkaitan masalah jenayah kepada polis menerusi laman web itu.

“Masalah jenayah sukar dibendung secara bersendirian oleh polis tanpa bantuan dan sokongan masyarakat.

“Jika masyarakat bersama-sama membantu melaporkan apa saja kejadian jenayah kepada polis, kita percaya sasaran untuk mengurangkan jenayah menjelang akhir tahun depan akan dapat dicapai,” katanya.

Dalam pembentangan itu juga, orang awam disarankan supaya mendaftar sebagai Rakan Cop bagi memudahkan polis memperoleh maklumat dengan cepat.

“Orang ramai tidak perlu lagi ke balai polis atau berjumpa dengan mana-mana pegawai polis bagi menyalurkan maklumat...hanya guna SMS,” kata Abdul Aziz.

Mengenai pembentangan hasil makmal NKRA itu, beliau berkata maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara itu akan dibawa ke peringkat tertinggi untuk tindakan selanjutnya.

“Segala respons dan cadangan orang awam yang dikemukakan menerusi program yang diadakan ini akan diserahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk diteliti,” kata Abdul Aziz.

Sementara itu, seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Elsie, 42, berkata dia menyambut baik langkah kerajaan mengadakan program GTP itu.

“Dari sini saya dapat lebih maklumat berkaitan jenayah. Selain itu saya juga berpeluang memberikan pandangan agar pihak berkuasa lebih peka terhadap tugas mereka dalam membantu masyarakat menangani jenayah,” katanya. - Bernama

Sumber: www.hmetro.com.my

Tahniah Malaysia

VIENTIANE - Sukan Sea ke-25 yang berlangsung di Laos selama 10 hari dan melabuhkan tirainya semalam menyaksikan negara berjaya mengatasi sasaran 30 hingga 35 pingat emas yang ditetapkan, dengan meraih 40 pingat emas secara keseluruhan. :

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kementerian tidak meletakkan sasaran yang besar kerana kebanyakan sukan yang dikuasai atlet negara seperti tenpin boling, boling padang, basikal trek dan pelayaran tidak dipertandingkan kali ini.

“Kami meminta rakyat faham mengapa sasaran yang diletakkan kali ini tidak tinggi dan mengapa kedudukan negara dalam jumlah pungutan pingat tidak elok sangat. Malaysia adalah antara negara yang paling terjejas akibat pengguguran banyak acara yang dipertandingkan,” katanya kepada pemberita semasa mengulas prestasi keseluruhan kontinjen negara pada temasya Sukan Sea kali ini.

Kontinjen negara yang menyertai 21 daripada 25 jenis sukan yang dipertandingkan dengan meraih 40 pingat emas, 40 perak dan 59 gangsa dengan akuatik menyumbang emas terbanyak keseluruhan dengan 15 emas.

Ahmad Shabery turut mengucapkan tahniah kepada perenang negara Daniel Bego yang meraih lima pingat emas dan memperbaharui empat rekod Sukan Sea, sekaligus muncul atlet terbanyak memenangi pingat emas pada temasya edisi ini.

Laos mempertandingkan 384 pingat emas menerusi 25 acara sukan termasuk sukan tradisional seperti renang sirip, timang bulu ayam dan muay thai.

Negara itu sebaliknya menggugurkan acara yang sebelum ini banyak menyumbangkan emas kepada Malaysia seperti gimnastik, gimrama, tenpin boling, skuasy, terjun, ekuestrian, hoki lelaki dan wanita, boling padang, polo, pelayaran dan triathlon.

Sebagai rekod, kesemua acara yang digugurkan di Laos itu menyumbangkan 32 pingat emas kepada Malaysia pada Sukan Sea di Korat, Thailand pada 2007.

Sumber: www.sinarharian.com.my

40 peneroka buat perhimpunan aman

TRIANG – Lebih 40 peneroka mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Balai Polis Triang menunjukkan protes terhadap tindakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang gagal memulangkan wang caruman tabung tanam semula kelapa sawit secara sendiri.

Pada perhimpunan itu, peneroka dari tiga tanah rancangan di Zon Bera/Mendi ini iaitu Felda Sebertak, Rentam dan Tementi terlibat.

Selain mengadakan perhimpunan aman itu, setiap wakil tanah rancangan membuat laporan polis mengenai perkara ini supaya ia dapat disiasat kerana disyaki berlaku penyelewengan dan penipuan antara pihakpengurusan Felda dengan peneroka.

Laporan polis itu dibuat terhadap Perdana Menteri, datuk Seri Najid Tun Abd Razak; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan; Pengerusi Felda. Tan Sri Yusof Nor dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab.

Wakil peneroka dari Sebertak, Harun Md Yusof, 63 berkata, isu berkaitan permohonan peneroka yang menanam semula tanaman komoditi secara bersendirian ini telah lama diperdebatkan dengan pihak pengurusan Felda.

Menurutnya, walaupun telah beberapa kali diadakan perbincangan samada di peringkat pegawai di tanah rancangan sehingga ke peringkat persekutuan, isu ini belum lagi selesai.

“Malah, mereka menganggap kami hanyalah pencetus masalah kepada peneroka dan warga Felda yang lain.

“Sedangkan kami hanya mahukan hak kami yang dicarumkan ke tabung tersebut sebelum kerja-kerja tanam semula dijalankan,” katanya kepada Sinar Harian.

Harun berkata, jumlah keseluruhan wang caruman itu dijangkakan sebanyak RM17,000 seorang.

Sementara itu, seorang peneroka dari Rentam, Che Zuha Che Harun, 47 berkata, laporan polis berkiatan isu ini adalah yang kali kedua dibuat.

Katanya, sebelum ini, isu yang sama dilaporkan di balai polis di Kuantan.

“Tetapi, setelah lama perkara itu dilaporkan, namun tiada menunjukkan sebarang perkembangan dari pihak pengurusan Felda sendiri,” kata beliau.

Menurutnya, pelbagai alasan yang diberikan pihak pengurusan Felda untuk mengabaikan isu yang dibangkitkan peneroka itu seolah-olah pembayaran itu tidak dapat dilangsaikan kerana peneroka sendiri yang bermasalah.

Bagi, Saad Jamaluddin, 62 berkata, tindakan Felda tidak menyerahkan semula wang caruman tersebut adalah sangat kejam dan menindas peneroka.

Menurut beliau, wang caruman itu adalah duit peneroka yang dipotong melalui penyata gaji iaitu sebanyak antara RM3.34 hingga RM4.00 bagi seekar tanah bermula dari tahun 1984 – sekarang.

“Duit itu sepatutnya milik kami kerana kami yang menabung. Kalau kita menabung di bank, bukan sahaja kita akan mendapat jumlah yang sama malah berganda kerana berserta dividen.

“Tetapi, apabila Felda tidak mahu menyerahkan duit kami, itu adalah tindakan yang tidak wajar,” katanya.

Saad berkata, setelah tiada tindakan yang dilakukan Felda, peneroka sebulat suara membuat laporan polis supaya ia dapat disiasat sekali lagi dan menemui jalan penyelesaian.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Anak-anak Malaysia (Anak), Mazlan Aliman.

Sumber: www.sinarharian.com.my

Malware dalang kerosakan sistem komputer di Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Kira-kira 70.8 peratus daripada semua komputer yang mengalami kerosakan sistem di Malaysia pada separuh pertama 2009 adalah disebabkan oleh malware, demikian menurut kajian firma perisian, Microsoft Corp.

Jumlah komputer yang dijangkiti meningkat begitu ketara berbanding 57.4 peratus pada separuh kedua 2008, kata Ketua Keselamatan dan Persendirian Serantau Asia Pasifik Microsoft, Jacqueline Peterson-Jarvis pada taklimat media di sini.

Malware ialah perisian yang boleh diguna oleh penjenayah siber untuk mencuri akaun dan maklumat bank, mengesan segala apa yang ditaip oleh pengguna komputer, menghantar perisian berniat jahat atau spam dan merosakkan komputer.

Laporan Perisik Keselamatan Microsoft mendapati kategori malware yang paling banyak terdapat di Malaysia ialah cecacing yang menyumbang 39.5 peratus daripada kesemua komputer yang dijangkiti.

Sejumlah 32,387 komputer dijangkiti cecacing semasa separuh pertama 2009, 2,379 komputer oleh spyware dan 1,272 komputer oleh virus.

Laporan itu mendapati jangkitan cecacing dalam ruang perniagaan meningkat hampir 100 peratus semasa separuh pertama 2009 berbanding enam bulan sebelumnya di seluruh dunia.

Conficker merupakan cecacing paling banyak dikesan bagi perniagaan kerana cara ia membiak lebih efektif di persekitaran jaringan dalam lingkungan firewall.

Peterson-Jarvis berkata, bagi separuh pertama tahun ini, produk dan perkhidmatan Microsoft telah menyingkir malware daripada lebih 13 juta komputer di seluruh dunia.

"Internet Explorer 8 meningkatkan keyakinan pelanggan dalam talian dengan menyediakan peningkatan keupayaan mengawal dan melindungi data mereka.

"Ia satu pendekatan keselamatan dan persendirian dari awal hingga akhir yang memberi fokus pada kejuruteraan sosial, pertahanan baharu serangan terhadap pelayan laman, dan kemajuan tambahan mempertahankan eksploitasi terhadap pangkalan penyemak pengimbas," katanya.

Dilancarkan pada Mac tahun ini, Internet Explorer 8 mengandungi SmartScreen Filter baharu yang melindungi komputer dengan lebih baik dan memberi amaran apabila pengguna cuba melihat laman web atau turun muat fail yang berkemungkinan tidak selamat.
Buy AppleƂ® Computer Buy a new iMac, MacBook and more direct from Apple.

"Ia berupaya menyekat dua hingga empat kali laman berniat jahat seperti penyemak lain di pasaran hari ini," kata Peterson-Jarvis.

Sumber: www.utusan.com.my

Slaid 1

Kerjasama UiTM-Felda Jayakan Iktiraf 2009 Kesinambungan Legasi Tun Abdul Razak

SHAH ALAM, 9 Dis (Bernama) -- Kerjasama antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Felda dalam menjayakan Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2009 pada 18 Disember ini adalah kesinambungan legasi peninggalan Perdana Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam usahanya membangunkan anak bangsa, kata Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau berkata pemilihan UiTM sebagai tuan rumah karnival itu juga adalah satu penghormatan kepada legasi Abdul Razak yang kini diteruskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Legasi ini diteruskan dengan begitu kukuh dan komited oleh Perdana Menteri (Najib) dengan wadah yang membara seiring dengan konsep 1Malaysia iaitu memacu Malaysia maju," katanya dalam satu persidangan media selepas Majlis Pelancaran Logo "Menjunjung Transformasi Bangsa UiTM-Felda" sempena Karnival Iktiraf 2009 di sini Rabu.

Turut hadir ialah Pengarah Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri, Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Karnival tiga hari yang dijangka dihadiri lebih 8,000 warga Felda di seluruh negara itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri di Dewan Seri Budiman UiTM di sini pada 20 Disember ini.

Ibrahim berkata UiTM dan Felda mempunyai persamaan kerana kedua-duanya diasaskan oleh Abdul Razak pada 1956, tetapi yang membezakan antara kedua-dua institusi berkenaan ialah peranannya kepada masyarakat.

"Felda diwujudkan untuk memastikan pembangunan ekonomi, memperkayakan hasil bumi dan ekonomi bangsa, manakala UiTM lebih kepada landasan pembangunan ilmu serta memperkukuh cendiakawan bangsa," katanya.

Sumber: www.bernama.com.my

Rakyat Malaysia luang lebih banyak masa dalam talian

KUALA LUMPUR 8 Dis — Rakyat Malaysia meluangkan lebih masa bagi melayari internet dan menjadi semakin arif tentang laman-laman di internet seperti Facebook, Tagged, Twitter, permainan Dragonica manakala berkongsi fail secara online dan laman storan ”4shared” menjadi lima carian terunggul mereka dalam Internet tahun ini.

Mengumumkan Zeitgeist tahunannya bagi Malaysia hari ini, Google berkata rakyat Malaysia menggunakan kedua-dua media tradisional dan baru untuk mendapatkan berita terkini dan gosip tentang selebriti, manakala Raja Pop, Michael Jackson dan ahli politik Elizabeth Wong meninggalkan kesan mendalam kepada orang ramai tahun ini.

Alat Google Zeitgeist memberikan sedikit kefahaman tentang apa yang orang ingin tahu di Malaysia dan tentang topik bagaimanakah yang menarik minat orang di seluruh dunia, berdasarkan carian unggul.

Sementara itu, kata enjin carian online itu, Formula 1 mengatasi bola sepak dan badminton sebagai sukan terhangat tahun ini, dengan tiga daripada lima sukan terunggul mempunyai kaitan dengan F1, manakala pasukan F1 1Malaysia mengungguli carian sukan yang terpantas peningkatannya.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, ia berkata kelembapan ekonomi juga menyaksikan rakyat Malaysia mencari pekerjaan secara online melalui laman web pekerjaan kendalian kerajaan, jobsmalaysia.gov.my.
Malaysia menyaksikan lonjakan besar carian iaitu sebanyak 49 peratus bagi ”jawatan kosong” pada 2009 berbanding 2008.

Google berkata rakyat Malaysia juga mencari barangan murah melalui internet dan mencari tawaran terbaik mungkin, dari barangan isi rumah dan harta hinggalah kepada perjalanan dan elektronik.

Contohnya, perkataan ”sale” meningkat cariannya sebanyak 21 peratus pada 2009 berbanding tahun lepas.

Google yang diasaskan pada 1998 oleh pelajar Ph.D. Stanford, Larry Page dan Sergey Brin, hari ini merupakan harta laman web terunggul dalam semua pasaran utama global.

Google beribu pejabat di Lembah Silicon dan mempunyai pejabat di seluruh Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

Sumber: www.utusan.com.my

MRSM Felda dinamakan Kolej Tun Abdul Razak

Maktab Rendah Sains Mara Felda (MRSMF) di Feldajaya Utara Trolak, Sungkai, dekat sini bakal dikenali sebagai Kolej Tun Abdul Razak apabila ia mula beroperasi 1 Januari tahun depan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, ia dinamakan sempena nama pengasas Felda yang juga Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebagai mengenang jasa besar negarawan itu.

''Kontraktor dijangka menyerahkan bangunan kampus pada Disember ini dan Kolej Tun Abdul Razak akan mula dibuka pada 1 Januari tahun depan.

''Buat masa ini, kita sudah pun mengambil kumpulan pertama pelajar dan pengambilan pelajar-pelajar baru sedang diproses," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan diploma dan sijil pada sidang pertama Konvokesyen Kelima Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) di sini hari ini.

Kolej Tun Abdul Razak yang merupakan MRSMF pertama di tanah rancangan Felda membabitkan kos pembinaan kira-kira RM103.8 juta itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 5 Oktober 2007.

Sumber: www.utusan.com.my

Potongan 30% saman bagi pesalah jalan raya

JEMPOL 6 Dis. - Orang ramai yang disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini boleh menikmati potongan 30 peratus sekiranya membuat pembayaran dalam tempoh 15 hari dari tarikh saman dikeluarkan.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Ruhaizah Mohamad Rashid berkata, pihak JPJ akan memberikan potongan kepada pembayar yang mematuhi tempoh tersebut.

"Selepas 15 hari saman itu tidak dibayar, kadar potongan berkurangan kepada 15 peratus dan jika ia tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh saman dikeluarkan maka tiada potongan akan diberikan," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Lesen dan Penutup Program Satu Komuniti dan Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Orang Ramai Felda Raja Alias II Jempol di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JPJ negeri Mohd. Kamal Saad. Pada majlis berkenaan sebanyak 672 penunggang motosikal di Felda Raja Alias 2 serta kawasan sekitar menerima lesen kelas B2.

Kata Ruhaizah, pembayaran saman boleh dibuat secara dalam talian sekali gus membolehkan pembayar melangsaikan saman mereka dengan pantas selain tidak perlu beratur lama di kaunter JPJ.

''Pesalah lalu lintas ini boleh melakukan pembayaran melalui Internet untuk memudahkan mereka kerana ia dapat menjimatkan masa serta dapat dilakukan dengan pantas.

''Potongan harga ini dikuatkuasakan sejak dua minggu lalu untuk memastikan pesalah lalu lintas membayar saman dengan segera," jelas beliau.

Mengulas lanjut mengenai program SKSJ, beliau memberitahu, seramai 672 peserta yang terdiri daripada warga penduduk Felda Raja Alias II dan masyarakat orang Asli hari ini diberikan lesen motosikal yang sah.

''Ia bertujuan membantu setiap warga Felda dan orang Asli yang kurang berkemampuan untuk memiliki lesen sekali gus mereka boleh menunggang dengan keadaan selamat dan dilindungi insurans.

''Program ini menyasarkan penyertaan individu yang berusia 45 tahun ke atas yang kurang berpengetahuan dan juga tidak berkemampuan," ujar beliau.

Menurut beliau, pelaksanaan program sedemikian adalah bagi membolehkan golongan tersebut memperoleh lesen terutama yang sudah berkali-kali gagal untuk mendapatkannya.

''Selain itu ia juga membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan lesen. Bayaran serendah RM140 dikenakan berbanding yuran di sekolah memandu. Yuran ini berpatutan dan mampu untuk semua golongan miskin," kata beliau.

Sumber: www.utusan.com.my

40 peneroka selamat pulang

MARAN 27 Nov. - Seramai 40 pemimpin peneroka Felda Wilayah Jengka di sini lega dan bersyukur apabila selamat pulang ke tanah air kelmarin selepas terkandas selama dua hari di Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia berikutan cuaca buruk.

Kesemua pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wilayah Felda Jengka itu sepatutnya pulang ke tanah air dengan menaiki feri Isnin lalu tetapi ditunda kelmarin akibat laut bergelora.

Mereka yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Karimun bermula 21 hingga 23 November lalu, selamat sampai di tanah air dengan menaiki feri dari jeti Tanjung Balai ke jeti Kukup, Pontian, Johor kira-kira pukul 2 petang.

Seorang mangsa, Ketua Kampung Felda Kota Gelanggi 1, Abdul Rahman Abd. Ghani, 46, ketika menceritakan pengalaman itu berkata, ahli rombongan mula resah apabila mereka tidak dibenarkan balik ke tanah air pada Isnin lalu kerana dilaporkan ombak besar dan berbahaya kepada feri.

Katanya, arahan itu dikeluarkan selepas ahli rombongan terbabit telah memulakan pelayaran selama setengah jam sebelum berpatah balik ke Jeti Tanjung Balai.

''Saya sangat bimbang kerana tidak pernah mengalami masalah terkandas di negara orang sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi mangsa, Setiausaha JKKK Felda Anggerik Jengka 1, Abdullah Ani, 53, berkata, ketika arahan berpatah balik itu dikeluarkan, cuaca sangat buruk.

Menurutnya, arahan itu dikeluarkan selepas berlaku kejadian sebuah feri dari Pulau Karimun ke Pulau Batam karam yang mengakibatkan 26 lemas.

''Berikutan itu, kami terpaksa menetap di sebuah hotel di Tanjung Balai sebelum menunggu kebenaran pihak berkuasa Indonesia untuk pulang ke Malaysia," jelasnya.

Ketua Kampung Felda Siantan Jengka 19, Ramli Shafie, 65, memberitahu, dia menyaksikan banyak mayat mangsa lemas feri karam itu diangkut dari jeti Tanjung Balai ke hospital di pulau itu.

''Situasi itu sangat menginsafkan tetapi pada masa sama kami sangat berharap keadaan cuaca kembali pulih supaya dapat pulang sebelum Hari Raya Aidiladha,'' katanya.

Menurutnya, ahli rombongan akhirnya dibenarkan menaiki feri petang semalam sebelum selamat sampai di Jeti Kukup selepas kira-kira sejam perjalanan dari Tanjung Balai.

Ketua Kampung Felda Kembong, Jengka 6, Saharuddin Lela, 51, memberitahu, ketika terkandas, timbul masalah lain apabila sebahagian besar ahli rombongan tidak mempunyai wang yang banyak kerana habis berbelanja.

Sehubungan itu, jelasnya, mereka terpaksa berkongsi bilik untuk menjimatkan kos penginapan di pulau berkenaan.

''Peristiwa itu bagaimanapun memberi keinsafan kepada ahli rombongan bahawa betapa amannya Malaysia daripada kejadian bencana alam yang dahsyat,'' katanya.

Bekas Timbalan Pengerusi JKKK Felda Tanjung Jengka 20, Ali Arshad, 58, berkata, ketika terkandas, dia sentiasa berdoa supaya cuaca buruk di perairan pulau itu kembali pulih bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air dengan segera dan selamat.

Sepanjang berada di Pulau Karimun, katanya, dia mengakui kemajuan Malaysia jauh lebih baik berbanding Indonesia yang ketinggalan dalam banyak aspek terutama infrastruktur.

Seorang lagi mangsa, Ketua Kampung Felda Mawar Jengka 10, Jantan Mat Saman, 60, berkata, banyak pengalaman dan pengajaran baru diperoleh selama berada di Pulau Karimun.

''Kemajuan sosioekonomi, infrastruktur dan taraf hidup rakyat negara itu seolah-olah ketinggalan 15 tahun ke belakang berbanding Malaysia yang lebih maju dalam semua bidang,'' katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Karnival Iktiraf 2009 himpun warga Felda

PUTRAJAYA 30 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2009 yang julung kali diadakan bertempat di Padang Kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 20 Disember ini.

Karnival selama tiga hari bermula 18 Disember ini bakal menjadi perhimpunan terbesar melibatkan 8,161 warga Felda dari seluruh negara.

Sempena karnival itu, Perdana Menteri akan mengumumkan penerima Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) dengan pemenangnya bakal membawa pulang Piala Perdana Felda Malaysia 2009.

Ia adalah sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan sumbangan belia tanah rancangan itu kepada pembangunan negara.

Menurut Pengarah Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri, Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid, pihaknya menyasarkan lebih 30,000 pengunjung dari sekitar Lembah Kelang akan membanjiri karnival tersebut.

''Karnival Iktiraf akan menjadi medan penyatuan dan mendekatkan warga Felda sama ada di bandar dan warganya yang masih mendiami tanah-tanah rancangan.

''Program karnival tersebut akan menampilkan sifat massa dan berteraskan budaya ilmu yang diharap dalam memperkukuhkan kesepakatan warga Felda, saya amat yakin mengiktiraf itu sentiasa lebih utama daripada imbuhan,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda, Abidin Abdul Rahman.

Menurut Noor Ehsanuddin, karnival tersebut akan disertai 1,200 ahli Permuafakatan Siswa dan Siswi Felda (Persada) membabitkan 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 10 pusat pengajian tinggi swasta.

Turut terlibat ialah 1,200 atlet dari 10 wilayah Felda, 3,861 ahli Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) selain sukarelawan UiTM dan anak Felda di Universiti Lim Kok Wing.

Beliau berkata, acara kemuncak karnival tersebut ialah pengumuman ABFM yang memasuki edisi tahun keempat sejak ia diperkenalkan pada 2006.

Melalui anugerah tersebut, johan Persatuan Belia Cemerlang Felda Malaysia akan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, bantuan aktiviti RM6,000, Piala Perdana Felda Malaysia dan Program Belajar Sambil Lawatan (PBSL).

Selain itu sebanyak enam persatuan belia Felda terbaik dalam pelbagai bidang juga akan diberikan pengiktirafan melalui anugerah tersebut.

Kata Noor Ehsanuddin, bagi kategori individu pula, sebanyak tujuh penerima akan dipilih antaranya Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia dan Beliawanis Felda selain dua Anugerah Tokoh Generasi Baru Felda, masing-masing bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000.

''Kita sudah membuat pemilihan melalui pemantauan dan syarat yang ketat sejak tiga bulan lalu.

''Setakat ini sebanyak 10 persatuan belia Felda telah dipilih untuk peringkat akhir,'' katanya.

Tambahnya, Konvensyen Siswa dan Siswa Felda akan diadakan sempena karnival tersebut dengan satu resolusi iaitu 'Agenda Bertindak Mahasiswa Felda' akan diserahkan kepada Perdana Menteri.

Katanya, sebanyak tiga kertas kerja akan dibentangkan pada konvensyen itu.

Beliau juga memberitahu, sebanyak 200 ruang pameran akan dibuka sepanjang karnival itu membabitkan pelbagai sektor awam dan swasta.

''Program tersebut dirangkumkan dengan majlis pelancaran kad Iktiraf, pelancaran Sahabat Iktiraf, pesta sukan dan kebudayaan serta pameran produk Satu Produk Satu Wilayah (Sawari) yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan Felda.

''Kita juga akan anjurkan program kerohanian iaitu tahlil, doa selamat dan solat hajat perdana serta Forum Perdana Hal Ehwal Islam sempena sambutan Maal Hijrah yang diadakan pada malam pertama karnival itu,'' katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/

20,000 generasi baru Felda akan hadiri ABFM 2009

KUALA KRAU 1 Nov. - Majlis Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) pada 11 hingga 13 Disember ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, bakal dihadiri oleh lebih 20,000 generasi baru Felda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka yang juga Naib Presiden 1 Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Wan Salman Wan Ismail berkata, majlis tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pada majlis itu Pejabat Seranta Felda akan turut melancarkan Program Ikatan Hati Warga Felda bertujuan mengukuhkan kesepakatan di kalangan warga agensi kerajaan tersebut.

"Pada masa sama, majlis itu juga merupakan penutup Program Jelajah Ikon Belia Felda Malaysia membabitkan generasi baru Felda dari 375 persatuan belia di 11 Wilayah Felda di seluruh negara," katanya di sini semalam.

Hadir sama Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din; Pengerusi Penaja Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Jengka, Hamedan Abu Samah; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Jengka 17, Yusof Arshad dan Ketua Puteri UMNO Kuala Krau, Norhasmimi Abd.Ghani.

Wan Salman berkata, Belia Felda yang berjaya dan cemerlang dalam bidang masing-masing akan diberi pengiktirafan di majlis berkenaan.

''ABFM yang mula diperkenalkan tahun 2006 hasil cetusan idea Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan ia merupakan pengiktirafan tertinggi kepada anak peneroka yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam pelbagai bidang," katanya.

Beliau berkata, kerajaan melalui Felda sentiasa berusaha keras untuk memartabatkan generasi baru Felda dalam semua bidang termasuk pendidikan, latihan kemahiran, ekonomi, sosial dan sebagainya.

"Segala program strategik Felda itu hanya akan berkesan jika generasi baru dapat memanfaatkannya seperti tidak menentang arus khususnya dalam usaha mengangkat martabat golongan itu.

"Kita mahu melihat generasi baru yang ikhlas dan memahami aspirasi kerajaan mengangkat martabat warga Felda bukan hanya berpura-pura menyokong untuk mendapat habuan kontrak dan sebagainya," katanya.

Sumber: www.utusan.com.my

Peneroka dan pekebun kecil dikecualikan levi

BANGI: Kerajaan bersetuju mengecualikan peneroka dan pekebun kecil sawit yang mempunyai keluasan 40.4 hektar (100 ekar) ke bawah daripada membayar Levi Keuntungan Luar Biasa (Windfall tax) bagi membiayai subsidi minyak masak berkuat kuasa 15 Julai 2008.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui pada sidang media bagi menjelaskan Levi Keuntungan Luar Biasa baru-baru ini, mengumumkan kutipan levi itu akan dilakukan Jabatan Kastam ke atas pemilik ladang sawit yang mengeluarkan buah tandan segar (BTS).

“Kutipan levi itu ditetapkan sebanyak tiga peratus dari jumlah BTS yang dihasilkan setiap bulan oleh pemilik ladang di Semenanjung Malaysia dan 1.5 peratus oleh pemilik ladang di Sabah dan Sarawak.

“Pengiraan kutipan levi berdasarkan perbezaan harga purata MSM bulanan MPOB dengan harga ‘threshold’ RM2,000 didarabkan dengan peratus kutipan levi ditetapkan (3 atau 1.5 peratus) dan jumlah tan BTS yang dihasilkan pada sesuatu bulan oleh ladang sawit terbabit,” katanya.

Datuk Peter Chin berkata, kerajaan sebelum ini, mengumumkan bahawa mulai 1 Julai 2008 kilang pengeluar minyak sawit mentah (MSM) dan pengeluar minyak isirong sawit mentah (MISM) di Semenanjung Malaysia dikenakan kutipan levi 15 peratus manakala pengeluar MSM dan MISM di Sabah dan Sarawak dikenakan 7.5 peratus ke atas.

“Ini menyebabkan pengurusan kilang pemprosesan BTS yang mengeluarkan MSM mengurangkan harga belian BTS daripada peneroka dan pekebun kecil sawit sebanyak RM45 hingga RM50 bagi setiap tan jualan,” katanya.

Beliau menegaskan, mulai 15 Julai 2008, pengilang dan peniaga yang membeli BTS daripada peneroka dan pekebun kecil sawit tidak lagi boleh mengurangkan harga pembelian BTS dengan alasan kutipan levi.

“Kementerian berharap keputusan mengecualikan kutipan levi ini, pekebun kecil akan terus berusaha meningkatkan produktiviti bagi mencapai matlamat kerajaan membasmi kemiskinan luar bandar.

“Berikutan itu, sejumlah 126,423 pekebun kecil individu seluruh negara dan kira-kira 50,000 peneroka Felda, Felcra dan Risda akan menikmati faedah dari pengecualian kutipan levi itu,” katanya.

Kutipan levi bertujuan membiayai subsidi minyak masak di pasaran tempatan bagi bungkusan di bawah lima kilogram (kg) yang juga satu barangan kawalan.

Di bawah skim subsidi itu, kerajaan dianggar memerlukan sejumlah RM1.9 bilion setahun untuk membiayai subsidi 70,000 tan minyak masak setiap bulan bagi penggunaan isi rumah dan rakyat di luar bandar.

Beliau berkata, harga siling minyak masak yang ditetapkan sejak 1977 bagi bungkusan satu kilogram dan botol 0.5, 1, 2 dan lima kilogram adalah RM1.85. RM2.50, RM3.30, RM6.25 dan RM13.35.

“Harga siling itu lebih rendah berbanding harga runcit di negara jiran. Contohnya, harga runcit paket 1 kg adalah RM3.60 di Indonesia, RM4.27 di Filipina, RM4.76 di Thailand dan RM6.80 di Singapura,” katanya.

Datuk Peter Chin menganggarkan RM2.3 bilion akan dikutip daripada 3,661 pemilik ladang sawit seluruh negara dalam tempuh setahun, iaitu RM1.5 bilion daripada ladang di Semenanjung dan RM800 juta daripada Sabah dan Sarawak.

Sumber: www.bharian.com.my

Penggredan bantu pasarkan cili terbaik

FELDA SUNGAI RETANG – 80 peserta dari tiga Felda yang menjayakan projek Kebun Dapur, menjadi antara kumpulan terakhir diberi taklimat berkenaan penggredan cili kulai yang diusahakan sebelum dipasarkan.

Ketua Unit Usahawan Felda Wilayah Jengka, Marhaini Abdul Rahman berkata, taklimat berkenaan diadakan untuk memberi pendedahan dan membolehkan peserta mengenal pasti indeks kematangan cili yang perlu dipetik sebelum dipasarkan.

Menurutnya, projek tanaman cili kulai antara kelompok terbesar dijayakan peserta daripada 37 rancangan Felda yang ada di wilayah ini, dengan 17 daripadanya mengusahakan cili kulai, lima rancangan terbabit dengan tanaman bendi, dua dengan cili padi dan sembilan rancangan lagi menjayakan terung.

“Untuk mendapatkan hasil terbaik mengikut indeks kematangan yang ditetapkan, ia bermula dengan peserta yang perlu melakukan tanaman mengikut jadual kerja dan kaedah tanaman yang betul, supaya hasilnya terbaik.

“Jika tanaman dijaga dengan baik pastinya mutu hasil dapat ditingkatkan seterusnya projek Kebun Dapur yang dijayakan akan membantu meningkatkan pendapatan melalui penjualan yang dilakukan oleh Lembaga Pemasaran Hasil Persekutuan (Fama),” katanya ketika memberi taklimat penggredan cili kulai di balai raya di sini, semalam.

Marhaini berkata, projek Kebun Dapur yang dilancarkan Felda hendaklah disambut baik dan dijayakan dengan sempurna oleh peneroka, kerana ia adalah platform untuk membantu mereka mengurangkan kos belanja dapur.

Menurutnya, selain itu projek yang dilaksanakan juga perlu dilakukan dengan komited sejajar menyahut seruan kerajaan yang mahu menjadikan Felda sebagai Gedung Makanan Negara.

Sementara itu, Pembantu Ehwal Ekonomi Fama Jerantut, Kamarul Mat Akil berkata, taklimat penggredan itu disertakan sekali dengan latihan praktikal peserta mengelaskan cili yang dibawa supaya mereka benar-benar faham dan dapat menyediakan hasil seperti dikehendaki kelak.

Menurutnya, pengelasan mengikut gred perlu diketahui supaya mutu hasil dapat dijaga dengan baik dan lebih utama hasil dapat memenuhi kehendak pasaran.

“Antara yang diterangkan kepada mereka ialah terdapat enam indeks kematangan cili yang perlu dikenal pasti sebelum ianya boleh dipetik untuk dipasarkan.

“Peserta perlu mengenal pasti tahap kematangan itu bukan sahaja berdasarkan penerangan diberi, namun juga daripada sampel cili yang dibawa,” katanya.

Beliau berkata, apa yang penting untuk mendapatkan indeks kematangan yang dikehendaki pasaran peserta perlulah memastikan tanaman yang dijayakan dijaga sempurna supaya hasil dan kualiti kelak bertepatan dengan kehendak pasaran.

Taklimat diadakan semalam itu anjuran Pejabat Felda Wilayah Jengka, yang membabitkan 80 peserta dari tiga Felda iaitu Sungai Retang, Padang Piol dan Kota Gelanggi 02.

Sumber: www.sinarharian.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...